Sabtu, 21 Disember 2013

DIKONGSIKAN BERSAMA daripada add facebook.com/bukuresepi
Apam Tepung Beras




1 cawan nasi sejuk;
1 1/4 cawan air;
1 cawan gula;
2 cawan tepung beras (cap teratai);
1 sudu kecik yis kering (brand mauripan);
1 paket kecik eno (biru);
sedikit pewarna.






CARA MEMBUAT:

Kisar air, gula dan nasi hingga hancur sebati. kemudian masukan yis dan tepung beras, kisar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan yang sudah siap dikisar ke dalam bekas yg bertutup rapat (bekas biar besar sikit agar adunan senang naik) biarkan selama 3-4 jam (letak di luar saja, tak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk)

Selepas diperap, kacau adunan perlahan-lahan. Bila dah sebati rata, masukkan satu peket "eno" dan kacau rata. Adunan akan naik. Selepas itu masukkan sedikit pewarna kesukaan masing-masing. Kalau nak lebih daripada satu warna, bahagikan adunan tu selepas "eno" dimasukkan. Setelah itu baru bahagikan dan letak pewarna.

Sementra itu, panaskan kukus dan sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan yang comel-comel jerr... dan biarkan acuan tersebut panas panas dulu.  Setelah panas, masukkan adunan apam ni.  Perlu ingat jangan isi penuh-penuh. letak 3/4 sahaja ke dalam acuan yang comel-come jerr tadi.  Penutup kukus pula mesti dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kuih apam ni.

Tunggu hingga 15 minit, kuih apam awda akan tersenyum mekar cantik dan comell jerr dalam kukus tu..

#selamat mencuba#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan