Rabu, 12 Ogos 2015

Pengedaran Borang Bagi Kursus Kemahiran.

Assalamualaikum Semua...
            


Pendaftaran bagi Kursus Kemahiran
pada 28.september - 3. October 2015
(kecuali hari Jumaat). Jam: 8:00 -11:30 pagi.



 Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Komuniti kini membuka tawaran kursus kemahiran bagi sesi 2016. Borang boleh diperolehi di Bahagian Pendidikan Komuniti. Pintu bilik A4  penyambut tetamu. Antara kursus Kemahiran yang ditawarkan ialah:

KURSUS-KURSUS UGAMA
                     A. Muqaddam (Permulaan, Menengah Tertinggi)
                     B. Al-Quran (Permulaan, Menengah, Tertinggi)       
                     C. Tarannum

Bayaran setiap kursus $33.00 bagi warganegara / penduduk tetap
dan $49.50 bagi bukan warganegara

Pas pelajar sebanyak $3.00


KURSUS-KURSUS URUSAN RUMAHTANGGA
                    A. Masakan
                    B.  Seni Rekaan Fesyen
                    C.  Sulaman Mesin

Bayaran setiap kursus $7.00 bagi warganegara / penduduk tetap
dan $10.50 bagi bukan warganegara


Pas pelajar sebanyak $3.00

KURSUS MENAIP DAN TRENGKAS 



Syarat-Syarat kursus:
 i. Berumur 15 tahun ke atas
ii. Dokumen yang perlu disertakan:
     a) 1 keping salinan kad pintar
     b) 2 keping gambar berukuran kad pintar (bagi kegunaan pas pelajar dan borang pendaftaran)

*Semasa hari pendaftaran sila isi borang dengan lengkap bagi memudahkan urusan biskita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan